Pencapaian Terbaik SPM 2009

Fatin Naqibah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


sebenarnya ini untuk majalah sekolah tapi Datin Finaz mancadangkan fatin post kat blog..hee~:)


Bagi fatin, sesebuah kejayaan itu adalah suatu hadiah buat kita setelah kita penat berusaha. Rahsia fatin untuk menghadapi SPM ini ialah solat. Solat itu merupakan tiang agama jadi kita wajib menunaikan solat walau bagaimanapun susah keadaan kita. Melalui solat juga fatin dapat mengurangkan sedikit tekanan yang biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar peperiksaan. Solat juga merupakan talian perhubungan kita dengan Pencipta kita.

Kejayaan tidak akan datang hanya dengan solat tetapi tidak berusaha. Usaha juga adalah sangat penting bagi seseorang itu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Segala usaha kita hendaklah bersandarkan niat yang betul iaitu kerana Allah, barulah usaha yang kita lakukan lebih diberkati. Usaha yang fatin lakukan juga fatin selangkan dengan membaca kitab suci al-Quran, solat-solat sunat serta berdoa. Doa juga penting selepas usaha. Doa restu ibu bapa juga sangat penting kerana dengan restu dan sokongan ibu bapa kehidupan kita menjadi lebih diberkati dan menjadi pembakar semangat fatin untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Selain itu, guru-guru juga menjadi tulang belakang kejayaan fatin. Tanpa seorang insan bergelar guru tidak mungkin fatin akan mendapat kejayaan ini. Dengan nasihat dan tunjuk ajar guru-guru lah saya gunakan sebaik yang mungkin sebagai motivasi fatin dikala fatin putus asa. Kita juga hendaklah menghormati guru-guru kita kerana guru telah berkongsi dan mencurahkan ilmu mereka kepada kita dan tanpa restu seorang guru hidup kita tidak akan kemana.

Sokongan dan tunjuk ajar rakan-rakan juga penting. Fatin akan bertanya dan meminta mereka menjelaskan sesuatu subjek yang fatin tidak fahami. fatin juga akan berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pendapat untuk mendapatkan sesuatu idea yang lebih bernas.

Bangun malam juga merupakan rahsia fatin. fatin akan tidur sebentar dan bangun semula pada tengah malam untuk mengulang kaji pelajaran dan kerana fatin bukanlah seorang pelajar yang menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Jika fatin tidak faham fatin akan bertanya kepada rakan-rakan barulah kepada guru-guru untuk mendapat penjelasan yang lebih mendalam.

Penutup bicara, semoga resepi yang fatin kongsikan dapat dijadikan sebagai ilmu kepada pelajar-pelajar yang lain. Dikesempatan ini juga ingin fatin titipkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru dan rakan-rakan yang telah banyak mengajar dan membimbing sekali gus menjadi motivator kepada fatin. Sekali kita jatuh tidak bermakna kita kan jatuh untuk selama-lamanya~





Syafinas Mohd Sabri


Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berkongsi rahsia kejayaan saya. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pihak guru yang sudi mengajar saya selama ini.

Saya tidaklah mempunyai rahsia kejayaan dan apa yang paling penting ialah jangan sesekali meninggalkan solat dan sentiasa berdoa. Niat juga adalah penting kerana setiap perkara bermula daripada niat. Mungkin ada diantara kita beranggapan bahawa belajar adalah semata-mata untuk skor dalam SPM tetapi niat utama untuk belajar adalah kerana Allah. Ibubapa saya juga banyak membantu saya dengan sentiasa membakar semangat saya untuk belajar dan memahami cara saya belajar.

Guru-guru juga banyak menolong saya selama ini apabila saya susah untuk memahami sesuatu pelajaran itu. Jagalah hati guru masing-masing kerana sesuatu pelajaran itu tidak akan berkat tanpa restu guru. Saya lebih gemar mengulangkaji pada waktu malam kerana kebiasaannya otak akan menjadi letih pada waktu petang.

Selain itu,saya juga banyak belajar sendiri dengan hanya melayari internet pada waktu petang. Belajar secara maya merupakan salah satu teknik saya belajar. Terdapat banyak blog dan forum yang memberikan saya maklumat tambahan selain apa yang diajar di sekolah. Kawan-kawan saya juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu yang dipelajari dan rajin bertukar pendapat antara satu sama lain. ‘Study group’ bersama rakan-rakan sedikit sebanyak dapat menguatkan ingatan saya terhadap sesuatu pelajaran itu kerana kaedah perbincangan yang agak santai.

Kesimpulannya,kita akan berjaya jika berusaha dengan bersungguh-sungguh dan sesuatu kegagalan itu haruslah kita renungkan supaya tahu dimanakah salah dan silap kita. Akhir kata,semoga tips yang saya kongsikan dapat memberikan serba sedikit input yang berguna untuk anda semua.

PATIENCE WILL ACHIEVE MORE THAN FORCE

Terima Kasih.

15 ulasan

Make A Comment
  • Jam



    "Masa itu emas"
    "Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu"
    "Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian"
    "Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang"
    "Bertangguh itu pencuri masa"

    Kalendar Hijrah / Masihi



top