Pencapaian Terbaik PMR 2009

FATHIN SURAYA BT JAINLABDIN
9A 2009

Hei , assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan . Terima kasih dan syukur alhamdulillah akhirnya impian saya untuk menjadi antara pelajar yang mendapat semua A dalam PMR tercapai . Kejayaan ini tidak mungkin akan dapat saya capai tanpa dorongan dan bantuan daripada guru-guru , ibu bapa dan rakan-rakan . Oleh itu , sebelum saya pergi dengan lebih jauh , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru , ibu bapa dan rakan-rakan yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan saya . Untuk pengetahuan semua , saya tidak mempunyai style belajar yg terlalu ketat tetapi lebih kepada menumpukan perhatian ketika guru mengajar dan bertanya apabila tidak faham . Saya juga banyak membuat latihan sama ada yang diberikan oleh guru atau yang saya beli sendiri di kedai buku . Selain itu, saya juga mengambil berat tentang faktor pemakanan. Sepanjang tahun lepas , saya mengurangkan pengambilan makanan-makanan ringan seperti mee segera dan snek-snek ringan . Selain daripada pemakanan , saya juga mendekatkan diri kepada Allah . Saya yakin dengan pertolongannya saya akan berjaya selepas penat berusaha . Oleh itu , saya kerap membaca Al-Quran dan Surah Yaasin serta hampir setiap hari melakukan solat hajat .
Akhir sekali , kepada rakan-rakan yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini saya doakan anda semua berjaya dengan cemerlang . Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri , ibu bapa dan nama baik sekolah . Sekian , terima kasih .

;)


NUR SOLEHAH BT ISMAIL
9A 2009

Assalamualaikum . Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi kejayaan ini . Saya berasa bersyukur sangat kerana memperoleh kejayaan ini . Memang tidak boleh disangka lagi , ibu bapa sayalah yang telah banyak memberi dorongan . Sikap ibu bapa saya yang sangat mementingkan ilmu telah mendorong diri saya untuk berusaha dengan gigih . Selain itu , tanpa tunjuk ajar guru guru dan nasihat mereka yang penuh motivasi ,tidak mungkin saya boleh memperoleh kejayaan ini . Di samping itu , rakan rakan yang banyak membantu dan berkongsi ilmu dengan saya . Kami selalu berbincang tentang pelajaran yang tidak difahami . Waktu saya belajar juga salah satu resipi kejayaan ini . Saya akan tidur awal dan bangun semula pada tengah malam . Saya mula belajar pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul tiga pagi . Saya memilih waktu tengah malam untuk belajar kerana memberi saya suasana yang tenang dan selesa . Akhir sekali , setiap hari saya akan membaca yaasin dan membuat solat hajat . Alhamdulillah , termakbul akhirnya doa saya , ibu bapa , ahli keluarga , guru-guru , rakan-rakan dan warga smkdary . Terima kasih


Ainul Mardhiah bt Zubir
9A 2009

Assslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, pertama sekali syukur kepada Allah SWT kerana dengan segala nikmat dan kurniaNya, 9A pmr akhirnya telah berada dalam genggaman saya. Sesungguhmya, segala usaha kita untuk mencapai kecemerlangan adalah sia-sia tanpa mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Jutaan terima kasihditujukan khas buat keluarga tercinta, mak, ayah, adik-adik serta kakak, dansemua guru yang telah mendidik para pelajar tanpa mengenal erti jemu.Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa berdaya saing sekalian. Anda semua merupakan pendorong dan pembakar semangat saya untuk berusaha dengan lebih gigih.
Sebenarnya, saya tidak mengamalkan corak pembelajaran yang tertentu. Cuma mungkin terdapat beberapa tips berguna yang dapat saya titipkan demi manfaat rakan-rakan sekalian.
Bagi saya, belajar dalam suasana yang kondusif serta menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar adalah elemen yang sangat penting demi mendapat maklumat semaksimum mungkin. Jangan belajar dalam keadaan yang tertekan tetapi sentiasalah berfikiran positif terhadap pelajaran walau sesukar manapun subjek itu.
Dalam kalangan rakan-rakan, saya terkenal sebagai seorang yang aktif dalam bidang sukan olahraga. Walaubagaimanapun, bidang akademik tidak pernah saya tinggalkan di belakang. Pelajar sekalian, kita harus faham bahawa sebagaimana bidang akademik, bidang sukan dan kokurikulum juga mempunyai kepentingannya yang sama.
Dengan bersukan, kita dapat belajar dengan lebih baik dan mudah mengecapi kecemerlangan kerana otak yang cerdas ada pada badan yang sihat. Pada saya, sekiranya orang lain boleh berjaya, mengapa tidak saya?
Seterusnya, ajarkanlah ilmu yang anda tahu kepada orang lain. Jangan sesekali kedekut ilmu! Rajin-rajinlah bertanya apa-apa yang tidak diketahui kepada orang yang sewajarnya. Ketahuilah, rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu.
Selain itu, hargailah masa sebaik mungkin. Pepatah Arab ada menyebut, ‘masa umpama pedang, jika kamu tidak memancungnya, pasti masa akan memancung kamu’. Saya gemar membaca segala jenis bahan yang bermanfaat. Sama seperti orang lain, saya juga minat menonton televisyen, namun rancangan yang berunsurkan fakta dan investigation seringkali menjadi pilihan saya.
Di samping itu, fahamilah segala masa dan tenaga yang diluangkan semasa menuntut ilmu merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT. Taati kedua ibu bapa dan tahanlah diri daripada membantah atau menentang mereka. Ingatlah jasa guru yang banyak berkorban demi kita. Setelah berusaha, jangan lupa teruskan berdoa dan bertawakal serta jangan tinggalkan solat fardhu!
Demikianlah serba sedikit yang dapat saya coretkan. Selamat maju jaya kepada semua warga SMKDARY, khasnya guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang dihormati sekalian. Akhir kata, hayatilah kata-kata hikmat ini :- ‘Jangan diikut perangai lilin, menerangi orang lain tetapi dirinya sendiri terbakar. Sebaliknya contohilah perangai bulan, setiap kali bertentangan dengan matahari, bulan akan mendapat cahaya baru’.

Sekian..
Nurul Zawani Bt Midun
8A 2009

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, saya dan rakan-rakan yang lain telah peroleh keputusan yang cemerlang dalam PMR 2009. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah mengajar saya serta memberi bimbingan dan dorongan. Tidak dilupakan kedua-dua ibu bapa yang tercinta yang sanggup berkorban apa sahaja demi melihat dari segi pelajaran. Tanpa mereka semua, mustahil untuk saya peroleh keputusan sebegini.

Sejujurnya saya memang tidak mempunyai sebarang rahsia mahupun cara belajar yang khusus tetapi saya mengamalkan prinsip 'study smart'. Cara ini ternyata banyak membantu saya kerana saya juga merupakan seorang yang aktif dalam kokurikulum dan menyebabkan saya sering tidak dapat mengikuti pembelajaran di dalam kelas

Saya juga pasti setiap pelajar mempunyai cara belajar yang tersendiri mengikut keselesaan masing-masing. Saya lebih suka belajar pada waktu malam kerana keadaan lebih tenang dan saya juga boleh memperuntukkan lebih masa kepada subjek yang kurang difahami. Saya juga tidak suka belajar mengikut masa yang ditetapkan seperti mengikut jadual kerana ia akan memberikan tekanan. Nota-nota ringkas juga penting untuk rujukan.

Selain itu, jika terdapat perkara yang kurang difahami, jangan malu untuk bertanya kepada guru kerana merekalah bahan rujukan yang terbaik. Dan yang paling penting, selalulah membantu rakan-rakan yang memerlukannya kerana apabila kita mengajar mereka, kita akan lebih faham dan ilmu juga akan bertambah.

Akhir sekali, rajin-rajinkanlah diri anda untuk menyembah kepada Allah swt tidak kiralah semasa senang mahupun mahupun susah. Pohonlah doa untuk kejayaan dan keredhaan dalam menghadapi peperiksaam.

Pesanan saya kepada semua pelajar, janganlah menganggap belajar sesuatu perkara yang membebankan sebaliknya ia menyeronokkan. Jangan merasa tertekan yang penting kita enjoy!!



29 ulasan

Make A Comment
  • Jam



    "Masa itu emas"
    "Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu"
    "Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian"
    "Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang"
    "Bertangguh itu pencuri masa"

    Kalendar Hijrah / Masihi



top